
Hukum memutuskan pertunangan…penah x kita semua terpikir?
Pendapat pertama:
Pertunangan adalah janji yang wajib ditunaikan.
Ini adalah pendapat segelintir ulama. Bagaimanapun ada ulama lain mengatakan ianya hanya makruh sedangkan ada janji yang buruk dari tuhan kepada yang mengingkari janji.
Pendapat kedua:
Pertunangan adalah sekadar satu janji. Janji adalah perkara yang tidak mulzim dalam syariat Islam. Setiap dari dua pihak berhak untuk memutuskan pertunangan.
Ini adalah satu kebebasan yang sempurna yang diberikan Islam oleh kedua pihak. Ini adalah pendapat kebanyakan Ulama. Diantaranya ialah 3 mazhab Utama iaitu Syafie, Maliki dan Hambali.
Bagi ulama ini, perkara yang wajib ditunaikan adalah perkara yang akad yang termetrai samaada akad perkahwinan atau akad urusan pertukaran harta (seperti akad jual beli). Ini yang disebut dalam al-Quran:
Berjanji untuk membuat akad seperti seorang berjanji untuk menjual sesuatu barang , kemudian dia membatalkannya adalah perkara yang makruh.
Pendapat yang terpilih
Dr Fathi ad-Duraini berkata:
Sesungguhnya akad nikah adalah satu akad yang sangat penting dan amat besar tanggungjawabnya. Oleh itu tidak wajib untuk meneruskan janji yang ada pada pertunangan kerana hendak memberi kebesan dan pilihan yang sempurna kepada setiap manusia (agar dia memilih pasangan yang terbaik untuk dia kahwini).
Walau bagaimana ulama menyatakan makruh untuk memutuskan perkahwinan sekiranya tidak ada sebab yang dibenarkan untuk putus seperti kurangnya agama tunang tadi bukannya kurang dari segi rupa.
keputusan itu melibatkan maruah diri sdiri n org lain n org sekeliling kita juga..tu lar pasal org tua2 kata bertunang x perlu lama2…perkara baik elok dipercepatkan tp almaklum ada org nak buat majlis grande..so perlu masa skit nak kumpul duit, coz nowdays smuanya mahal2…dah x jumpa yg murah2 n wedding skrg dah byk beza dr dulu…yg x perlu dah jd mcm perlu, yg wajib jd endah x endah n yg adat jd ikut-ikutan…herm wallahuallam…sama2 kita fikirkan.
No comments:
Post a Comment